Angin bayu bertiup lembut. Daun-daun kering dibawa terbang
meliuk-liuk, bersama debu pasir yang menari dan akhirnya semua jatuh mencium
bumi. Dia melukiskan garisan senyum di raut wajahnya.
Dia membiarkan saja tudung kepalanya berombak-ombak dipukul angin. Hampir satu jam Raihan diam di situ, menikmati suasana kampung nelayan.
Dia membiarkan saja tudung kepalanya berombak-ombak dipukul angin. Hampir satu jam Raihan diam di situ, menikmati suasana kampung nelayan.
Bot-bot kelihatan tersusun kemas
dengan ikatan tali di tunggul kayu. Jeti kayu kelihatan unik dengan susunan
kayu yang jarak-jarak, di bawahnya terlihat air sungai mengalir sopan. Lantas dia
teringat janji Allah kepada orang yang beriman,
“Dan golongan kanan, alangkah
mulianya golongan kanan itu. Mereka berada di antara pohon bidara yang tidak
berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya. Dan naungan yang
terbentang luas dan air yang mengalir terus-menerus”. (Al-Waqiah: 27-31)
Sebutir manik jatuh dari birai
matanya. Dari jauh, kelihatan anak kecil menyambut kepulangan si ayah dari
jeti. Si ayah kelihatan begitu gembira melihat si anak melompat-lompat sambil
bertepuk tangan.
Tiba-tiba Raihan berasa sakit yang dalam, jauh sehingga ke pangkal hatinya. Dia memegang sebahagian bajunya di dada. Ya, dia berasa sakit di sini. Teramat sakit. Pandangannya menjadi hitam. Dunianya kelihatan berpusing. Kaki Raihan menjadi pening dan lemah sehingga merebahkan dia di sisi jalan.

Raihan, Raihan… Dia kenal suara
itu, sangat kenal. Terasa tangannya digoyang-goyangkan. Namun, tubuhnya masih
kaku terbaring. Suasana hening seketika.
Di mana semua orang? Kenapa ada bunyi mesin di tepi katilnya. Tik… tik… tik… Ya, bunyi air menitik di dalam satu beg plastik. Dia jadi semakin penat mentafsirkan semua yang ada di sekelilingnya.
Di mana semua orang? Kenapa ada bunyi mesin di tepi katilnya. Tik… tik… tik… Ya, bunyi air menitik di dalam satu beg plastik. Dia jadi semakin penat mentafsirkan semua yang ada di sekelilingnya.
Raihan.. Raihan... Namanya diseru lagi. Tangannya digenggam erat. Dia cuba menggerakkan jarinya untuk menyambut genggaman itu. Namun, jemarinya seperti tidak mahu bergerak.
Dia menarik nafas dalam-dalam dan cuba menggerakkannya sekali lagi. Tiba-tiba, datang satu puting beliung yang besar, dia seperti ditarik masuk ke dalam putaran itu.
Dia menarik nafas dalam-dalam dan cuba menggerakkannya sekali lagi. Tiba-tiba, datang satu puting beliung yang besar, dia seperti ditarik masuk ke dalam putaran itu.
Seingat Raihan, putaran inilah juga yang menariknya ke kampung nelayan sebentar
tadi. Si ayah dan si anak yang melompat-lompat. Ya, itulah yang dia lihat. Kali ini, ke mana pula putaran ini akan membawanya pergi.