RSS
Showing posts with label Cerita Story. Show all posts
Showing posts with label Cerita Story. Show all posts
Dalam mesyuarat kita bermusyawarah
masing-masing berpedang hujah
masing-masing sembunyi tingkah

Mengertikah kita hati seorang ayah
yang hatinya tidak akan kita temui
dalam mana-mana hati lelaki
yang jiwanya bisa menyentuh hati kita
sepanjang hayat dikandung badan
walaupun bibirnya tidak pernah menuturkan sayang
walaupun tingkahnya tidak menggambarkan kasih
tetapi cintanya,
mengakar dalam hati.
Sambutan hari raya
hanya layak untuk sesiapa yang berjaya
membersihkan hati dan jiwanya
tapi diri ini belum
melalui fasa itu
masih pantaskah aku
menyambutnya dengan gembira?
  • Dukungan mula beralih tangan. Faiz terkebil-kebil memandang lambaianku. 
  • Apabila kaki kananku memijak tangga bas, tangisan dan air matanya mula membanjiri stesen. "Mak dia ke tu" tanya beberapa orang mak cik yang berlalu di situ. Atuknya tidak habis-habis menggeleng. "Bukan, mak dia tiada di sini".
Anak juga manusia yang punya perasaan, ingin dibelai, ingin bermanja dengan ibu. 
Begitulah Faiz, saban hari semua perempuan yang ditemui, dipanggilnya 'emak'. 
Hanya aku sahaja dia boleh panggil 'nyak nyah'. 
Itupun setelah berhari-hari aku latih bagai melatih ikan dolphin menari dalam air.
  • Kadang-kadang, ada baiknya juga jika kita menjadi seorang yang tidak mengerti, atau mungkin kita akan sakit dengan realiti.
  • Seperti faiz, dia beraksi sedemikian tanpa tahu sebabnya. Itulah fitrah seorang anak, ingin disayangi. Biarlah dia terus begitu daripada dia memahami realiti yang perit. 
  • Dan apabila dia dewasa, faiz akan mula berasa dirinya tidak bernilai, hidupnya tanpa kasih ibu. 
  • Ketika itu, persoalan demi persoalan akan menjadikan dunianya kelam.

Al-Kahfi

  • Assalamualaikum wbt. Ehem2, siapa tahu apa itu yakjuj dan makjuj? hehe
  • Yakjuj dan makjuj dalam kitab yahudi atau bible, dikenali sebagai Gog Magog. Jika dilihat pada salasilah keturunan Gog Magog ini, didapati Magog merupakan cucu kepada Nabi Nuh a.s. iaitu anak Yafith bin Nuh.
  • Dalam surah al-Kahfi, diceritakan Zulqarnan membina tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj daripada membuat kerosakan di bumi. Berikut surah al-Kahfi, ayat 93-98.
93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia daapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94. Mereka berkata, 'Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; Maka setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

95. Ia menjawab, 'Kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya lebih baik; oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh'.

96. 'Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata, 'Tiuplah dengan alat-alatmu', sehingga apabila ia menjadi api berkatalah ia 'Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya'.

97. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

98. Berkatalah ia, 'Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar.
  • Surah ini diturunkan kerana orang-orang Yahudi ingin menguji kebenaran tentang kenabian Nabi Muhammad saw. Pendeta mereka berkata, jika benar dia Nabi terakhir, maka tanyakan kepadanya mengenai pemuda-pemuda yang berpergian, zulqarnain dan roh. Jika dia dapat menjawabnya, benarlah dia itu nabi, jika tidak, terserahlah kepada kamu untuk mempercayainya atau tidak.
Persoalannya, kenapa mereka terlalu berpegang dengan teori tersebut? Seolah-olah itu merupakan garis panduan untuk memastikan kenabian Nabi Muhammad saw.
  • Hal ini demikian kerana berita mengenai kedatangan Nabi Muhammad saw telah diceritakan dalam kitab-kitab mereka, malah mereka mengenali nabi Muhammad saw seperti mana mereka mengenali anak mereka sendiri. 
  • Apabila mereka datang kepada nabi Muhammad saw bertanyakan perkara tersebut, lalu berkatalah nabi, datanglah pada besok hari, akan aku khabarkan jawapannya.
Namun, 15 hari telah berlalu, Nabi Muhammad tidak mendapat sebarang wahyu daripada Jibril.

Ini menyebabkan orang-orang kafir semakin meragui kenabian baginda
  • Lalu datanglah malaikat jibril membacakan surah ini bersama teguran supaya Nabi Muhammad menyatakan insya-Allah, dalam perkataannya.
  • Wallahua'lam.
Menemui blog yang sangat awsome perkongsiannya
lembut, berhemah, menegur dan nasihat
tidak ketinggalan juga luahan rasa dan semangat.

Aku dapat menerka
dia bukan sebarangan orang
seorang penulis mungkin
atau juga seorang jundullah.

Tatkala menikmati hidangan di laman itu
kesedaran bagai diketuk
itulah gaya penulisan yang aku idamkan
bukan emosi semata-mata
bukan cerita semata-mata
tetapi ada mutiara yang berkilauan di balik cengkerang
ada lilin yang menyala di balik semangat gelap
dengan harapan, moga Allah reda.
  • Ayah, tengok gambar ni. Seronok pergi pulau perhentian. Haa, tak sabarnya nak keje. Tahun depan habis, tahun satu lagi start keje. Nanti kita pergi bercuti satu keluarga ea.
  • "Bukan kak ngah kata nak sambung lagi 2 tahun ke" Oh ayah, tiba-tiba rasa nak batal je niat sambung master. Tapi kalau ada rezeki apa salahnya. 
  • Seperti pesan ustaz Hafiz, nak jadi jundullah, mesti tingkatkan pointer. (^_^)
  • El yasa' datang ke Malaysia! Satu lagi permata ditemui setelah berakhir peperangan. 
Kamu belajar di mana?
Aku di institut Jakarta, dalam bidang tafsir Quran.

Kapan kamu habis?
Aku hujung tahun ini habis sudah, tahun depan disuruh mengajar setahun di pedalaman Indonesia.
  • Seluruh anggota keluarga dipanggil balik untuk berkenal-kenalan dengan sepupu. Wajahnya mirip ibunya. Hitam manis. Cuma percakapannya sahaja berbeza. El Yasa' lebih sopan dan lembut.
  • Aku terkedu apabila diajukan soalan. Kamu sudah punya jodoh? Aduh, dek tiada jawapan yang sesuai maka soalan ku balas soalan. Biarlah, aku belum bersedia atau barangkali aku yang terlalu memilih. 
Ya Allah, matikanlah aku dalam syahid sebagaimana sumaiyah.
  • Keesokan harinya dikhabarkan ayah accident di tempat kerja. Melecur separuh badan. Allahu akhbar! Kulit ayah masak bagai direbus, tersiat bagai terbakar, hitam, legam. Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan kepada bapaku.
  • Zaki di Mabiq dipanggil balik, zarina di johor (hari ni baru sampai). Aku pula terpaksa balik maktab awal. Exam dan meeting melambai2 panggil pulang ke sarang. 
  • Sesungguhnya aku ikhlaskan harta dan ragaku dalam perjuangan ini, maka itu redailah aku, limpahkanlah berkat dan rahmatMu kepada keluargaku.

Pulau Perhentian (mung tunggu aku)

AKTIVITI WAKTU SIANG

Fadhil ni nak pergi kemboja ke pulau perhentian? (^_^) Nampaknya program ke kemboja tempoh hari masih melekat di hatinya (barangkali)

Suasana jeti.

Suasana di jeti

Suasana di jeti

Pemandangan dari atas bot.

Sesampai chalet, terus tukar baju terjun laut. (sejuk)
Dah puas main air, makan. 
Hakdoi, milo es nya pun rm5 se.

Kemudian solat dan tidur.

Pada sebelah petangnya, aktiviti berkayak. Semua orang tak ingat nak ambil gambar dek syok sangat berkayak. Sampai ke seberang kayaknya pergi.


Asal penat je, makan. Asal penat ke, makan. (dah jadi rutin)

Perjalanan dari satu tempat snorkling ke satu tempat yang lain.




Ikan nemo.

Penyu.

Wajah-wajah puas bersnorkling.



Bola tampar pantai. Budak perempuan, kite main bola monyet je dalam air. :)

Bola pantai.






..............................................................................................................................................

AKTIVITI SEBELAH MALAM





Menunggu order. Time to charge back energy.

Petik gitar and sing a song together.

Budak perempuan tak main gitar-gitar ni, kite bentang tikar tepi pantai, dan tidur tengok bintang. 

Sambil-sambil tu main permainan runningman: teka lagu apakah ini. :) then nyanyi sama-sama. 
Sweet memory (^_^)

Kadang-kadang kita akan duduk bersama, untuk sesi refleksi dan suai kenal. 

Main permainan throw or dare. Pusing botol, siapa yang kena perlu jawab soalan-soalan maut dengan jujur atau buat sesuatu yang sukar dijangka. Best. Banyak rahsia-rahsia mula terbongkar, dan kita saling mengenali antara satu sama lain.

Trip ke Pantai Remis

  • Hari ni aku, aishah, kinah, wati, mira and rose jejalan ke Pantai Remis. Melawat rumah mak angkat masa program BIG dulu. hihi.
  • Seawal 7 pagi semua dah siap-siap dalam saga putih, sesampai pantai remis, singgah dulu warung Pak Wahab, selaku ketua kampung di situ. Rezeki yang tak dijangka-jangka, Pak Wahab pau kitaorang makan. haha, rugi pula tak order banyak-banyak tadi. hihi.
Hai manusia, tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada kan. 

Macam tulah juga masa hari akhirat kelak, yang dah masuk syurga menyesal tak beribadat sungguh-sungguh, kalau tak, mesti dah boleh duduk syurga firdaus. 

Apalagi penghuni neraka, sesal yang sesungguh sesal. Maka itu mereka merayu untuk dikembalikan ke dunia, mahu beribadat katanya, namun segala-galanya telah terlambat.

Moral valuenya: bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan sesekali tamak bertandang.
(ingatan buat diri sendiri juga. hehe)

Ni ha Pak Wahab. Roti canainya memang umph... (^_^)

Hidangan pertama di rumah.
  • Perut kembung dah macam belon duk sumbat-sumbat makanan. Sampai nak jalan pun tak bergerak-gerak dah. Haha, teruk-teruk.
  • Masuk rumah ummi, tak apa-apa lagi ummi ajak pi tengok astro dengan bantal-bantalnya. Last-last, astro yang tengok aku. (-_-)
  • Tepat jam 12, bangun tidur, ummi dah siap masak kubis masak lemak, ikan kembung, dan sambal udang. 
  • Siap makan, wati mai ambik pergi rumah mak angkat depa pula. 
  • Rumah kinah, aishah and mira: rendang kerang, ketupat, putu kelapa, dan banyaknya kuih yang i tak tahu apa namanya. Tahu nak makan je.
  • Rumah wati: ketupat juga, rendang sotong, air kelapa, kerang bakar and so many much i dont know its name. How fool am i kan. Takpe, yang penting tahu makan. :)
  • Pukul 3 bertolak ke beruas, hantar rose balik rumah. Hah, kat sini mak rose sediakan mi and bubur pulut hitam. Hok kenyang tadi tak turun, tambah lagi hok baru.
Dah adab menjadi tetamu.
Apa yang dihidang, tak boleh ditolak.
  • Then, pergi batu gajah, singgah menghantar kinah pulang ke lubuk. Sambil-sambil tu tumpang solat asar. Rumah kinah memang superp. Kalah rumah tn hj razali. :p
Begitulah perjalanan kami pada hari ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin kekal berpanjangan.

Ya Allah, jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini, Amin.

Murid KSSRku

  • Masih teringat gelagat-gelagat anak muridku semasa last day praktikum.
  • Dari jauh mereka mengejarku ke bilik SPBT sambil berbaris seperti dalam kawad.
Cikgu, nak tolong angkat barang.
  • Aku hulurkan satu-satu barang kepada murid, minta di bawa ke pagar sekolah. Cikgu, saya nak angkat juga. Hah, tak da barang dah nak diberi. Lalu dari beg-beg tadi aku keluarkan barang untuk diagih sama rata.
  • Aku berjalan seolah-olah mengepalai mereka, anak murid kssrku yang aktif menghentak-hentakkan kaki dan membuat bunyi sorakan yang tak dapat kutangkap apa yang mereka seronok sangat membimbit barang-barang cikgu.
  • Alkisah di depan pagar sekolah pula, afiq, sattiya, durgeish, chun fei, chun kit, amiro, weng hou, faiz dan lain-lain memaut bahu kawan masing-masing, lagaknya seperti team bola sepak bergambar.
Apa kamu buat ni?
Kami nak buat pagar, kami tak nak cikgu pergi.
  • Ya Allah, sucinya hati murid-murid ini. Kau berikanlah kepada mereka petunjuk dan hidayah, ilmu yang bermanfaat, mana tahu suatu hari nanti merekalah pejuang-pejuang yang akan syahid di medan dakwah. Allahu akhbar.
  • Sedang hati terasa menitiskan air mata, mereka menegurku, cikgu...
KAMI SAYANG CIKGU ZAKIRAH!

Last But Not Least

  • Malam terakhir praktikum, kalut mencari hadiah untuk guru besar, guru penolong kanan, guru pembimbing dan murid.
  • Sedang asyik mengeledah kedai, terserempak dengan kawan-kawan. Huh, memang semua orang sibuk shopping hadiah. Hinggakan seorang kawan tu terbeli sampul hadiah selamat pengantin baru. Haha, kononnya nak guna sampul hadiah tulisan cina sebab nak bagi pada cikgu-cikgu cina la kan.
  • Setelah lelah mencari, nah ini hasilnya;
Teko untuk guru besar dan guru pembimbing.

Bookmark untuk murid-murid.

Harap murid-murid ingat cikgu selalu, penat taw cikgu buat sampai tak tidur malam. hoho.

Dan ini hadiah untuk guru penolong kanan.

Bengkel Pendakwah Muda

  • Dalam perjuangan ini, kita akan sentiasa ditapis-tapis oleh Allah. Jadi, sujud syukur yang tak terhingga kerana terpilih untuk mengikuti bengkel pendakwah muda di Kedah.
  • Dah lama rindu pada kem2 sebegini bermukim. Semoga kem ini akan membawa aku kepada kem2 yang seterusnya. Wahai jati diri, bangunlah dari lena yang panjang.
  • Pengisian yang penuh hikmah oleh insan-insan yang hebat. Ya Allah, sesungguhnya aku tidak hebat. Oleh itu, Kau hebatkanlah aku atas sebab kasihku pada mereka yang hebat-hebat ini.
  • Memetik kata ustaz Fadhil Nor
Perjuangan kita pada hari ini bukan untuk mencari kebenaran. tetapi adalah untuk mengangkat kebenaran dan letakkannya di tempat yang sepatutnya.
  • Kebatilan akan hilang apabila adanya kebenaran. Bak kata syed qutb: Kezaliman itu kadang-kadang ambil tempoh yang panjang, pemerintahan yang lama, tetapi ia tidak akan kekal.
Kerana Islam itu seperti air, lagi kuat ditekan, lagi kuat ombaknya, lagi cepat menangnya.
  • Dakwah juga tidak boleh terpisah dari tarbiyah, tak boleh terpisah dari jemaah. Kerana tanpa tarbiah, hilanglah akhlak. tanpa jihad, manusia jahat.
  • Bercakap tentang dakwah dan tarbiyah, ramai yang beralasan tiada masa. Its not about comitment, its all about time management.
Bila buat kerja dakwah, jangan menghukum orang atas pengalaman kita, tapi hukumlah orang atas pengalaman mereka. Pada masa yang sama, jadikan pengalaman kita untuk memahami mad'u.

As a da'ie, di mana kita dicampak, di situlah kita bertapak.

Rabu; 23 April

  • Alhamdulillah...Yeay! Hasil kolaborasi pensyarah dan guru pembimbing, markah observe dinaik taraf. hehe. Syukur alhamdulillah, berkat doa ibu nun jauh di sana.
  • Tiba-tiba rasa semangat pula nak pergi sekolah. 
  • Jadi, sengaja aku pilih baju kaler ungu. Bak kata Meor Saiful Nazli, warna ungu itu lambang kebahagiaan. hehe, bahagia la kan. Alhamdulillah. (^_^)
  • Pagi-pagi lagi dah menyinggah bilik darjah tahun 4. Entah kenapa rasa rindu pada mereka menerjah di fikiran. 
  • Seusai menatap satu-satu wajah mulus mereka, sekarang tiba masanya untuk pergi ke SK Methodist pula. Guru besar dan PK koko dah tunggu pun dalam kereta.
  • Action song competition. Peringkat Kinta Utara.
  • 7 buah sekolah semuanya. Macam-macam aksi boleh tengok. Subhanallah, tak sia-sia KSSR ni dijalankan. Hasilnya, tengoklah betapa yakinnya murid-murid dalam menonjolkan bakat, ditambah pula dengan serinya akhlak yang telah diterapkan.
  • Tengah harinya pula, masuk kelas, suruh murid hasilkan sebuah penulisan kreatif berdasarkan gambar yang diberi. Sedang2 menyemak, tiba giliran buku afiq:
"Kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh mak cik Zakirah dan mak cik Zizah"

"Hei Afiq!! Kamu dah takde nama lain ke nak letak? Mak cik Zakirah dapat ke kamu!" Satu kelas gelak mengilai.

"Ui, garangnya cikgu!" Spontan Afiq menjawab.

"Hah, cikgu memang garang pun. Hari-hari cikgu garang baru hari ni kamu tahu?"

"Tak, cikgu Zakirah kami baik, dia tak garang." Erk, krik2.

Kami Nak Cikgu

Loceng berbunyi menandakan kelas bermula. Aku masih termenung paku di bilik SPBT. Ah, serabutnya, tak nak masuk kelas, tak nak buat RPH, tak nak buat semuanya. Oh jumaat, cepatlah tiba, habiskan praktikum ini.

Kaki yang mencium lantai, terasa bagai tenggelam ditelan bumi. Andai saja aku memiliki kuasa sakti, jari kupetik kemudian shrinkkk... Bumi dengan ajaibnya berputar dengan pantas sehinggalah terdengar bunyi tepukan tanganku. Pap pap pap. Hari jumaat pun tiba. Yeay! praktikum dah habis. Babai SJK (C) Tat Choi. Hahaha.

Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba terdengar suara bersahut-sahutan di muka pintu, cikgu, masuk kelas. Sekarang masa cikgu. Erk, krik2. Malunya, murid-murid satu kelas bertandang ke bilik SPBT. Aku tarik muka semasam-masamnya (cover malu, haha) Cikgu tak nak masuk kelas kamu. Kamu semua nakal, cikgu tak nak ajar kamu dah! (nokhtah). Alah cikgu... Tapi kitaorang nak belajar dengan cikgu...
  • Kata-kata itu masih melekat dalam ingatan. Aduh, memang mulut aku keras macam batu tapi hati ni senang sangat terharu. 
  • Sekeras-keras aku ni pun masih ada murid yang sayang. Subhanallah. 
Maha Suci Allah yang telah menciptakan hati kanak-kanak seperti kain putih. Maka itu, lukiskanlah sebuah pemandangan yang indah buat mereka. (^_^)

Cayuk2!

  • Sambil-sambil merancang pengajaran harian, pasang album lagu my girl. Allah! rindunya zaman sekolah. Lagu-lagu inilah yang membakar semangatku suatu masa dahulu. 
  • Hari ini diulang dengar, harap2 boleh sambung master pulak la lepas nih. hihi, amin2.
Lagu halwa telinga
mengubat rindu, penawar sengsara
ayuh mengorak langkah
ayuh gerakkan jiwa dan masa
jangan pernah berhenti sama sekali
cayuk2! :)
  • Jom jadi zakirah yang bersemangat, kuat dan tidak sensitif. Biarlah orang kata hati kering ke apa ke, yang penting hati takkan pernah rasa sakit dengan segala ancaman.
Kata ibu, dunia ni semantara
jangan sibuk mengejar apa yang tak pasti
apa yang ada dihadapan mata
itulah yang pasti.

Jangan jadi seperti kata pepatah
yang dikejar tak dapat
yang digendong keciciran.
  • So, jangan sibuk fikir pasal jodoh atau something yang tak pasti. Apa yang ada sekarang, belajar sungguh2, sambung master dan berjuang sehabis mungkin untuk tegakkan syiar Islam. Hot to go, aum2!
Tegakkan Islam di dalam diri
nescaya tegaklah Islam dimuka bumi.
Allah nombor satu.

Projek Praktikum

Penat yang disangka berubah ceria tak henti-henti. Nikmat! Projek praktikum:

  1. Baiki, cat dan hias taman sekolah.
  2. latih murid bercerita untuk wakil sekolah hujung bulan ni.
  3. ajk pengurusan pertandingan action song. Kena hias pentas di SK Methodis.
  4. cat garisan gelanggang bola keranjang dan bola tampar.
Sepetang bersama ahli praktikum mengecat taman, membuat kerja pertukangan, tukul sana gergaji sini. Bunyi macam penat je kan, but not at all. Rasa best super saiya sebab guru besar pun turun gergaji kayu. I love this profesion. Esok pagi kita serang pula gelanggang bola keranjang. :)

Bicara Awan

Bicara awan pada bulan
aku tak mahu jadi awan
pecahku selalu dicaci
mendungku menyuramkan bumi
aku tak suka digelar awan
sedang aku juga membawa hujan dan petir.

Kata bulan: duhai awan,
tanpa air yang kau kandung
kau bukan awan
tanpa hujan yang kau curahkan
kau bukan awan
tanpa petir yang mengilat bumi
kau bukan awan
kau memang diciptakan untuk mendung,
untuk hujan mahupun petir
itulah yang menjadikan kau awan sejati.

Awan, kau tak salah
itu asal ciptaanmu.
  • Sedangkan awan berjaya menyiapkan tugasannya, tapi kita?
  • Tatkala hati berkecil, aku tak mahu digelar ustazah, jangan panggil aku ustazah. Aku manusia biasa, cikgu bahasa melayu, bukan PAI, bukan Arab. (aku mesti berpenampilan sebagai guru bahasa melayu)
  • Sekecil-kecil kesalahan sangat mudah dilihat. Aduh! susahnya hidup! Rosak nama para asatizah, minta maaf, aku tukarkan niqabku, asal jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tetapi kata ustaz Mat Idris:
Kita pakai songkok, pakai jubah, bukan kita nak jadi ustaz ustazah, tapi kita nak jadi yang terbaik.

Tanpa jalan yang betul, misi dan visi takkan tercapai, kerana kebahagiaan bukan berada pada penghujung jalan, tetapi sepanjang jalan.
  • Sesiapa yang memesongkan diri dari jalan Allah, hidupnya kucar-kacir. Sesiapa yang memandu dirinya di jalan Allah, hidupnya bahagia. 
  • Allahuallah, tetapkanlah hati, diri dan imanku. Amin.
Apabila pungguk merindukan bulan
segala yang sorong kan terdiam
seperti mutiara dalam kerang: berlumut
karam di dasar laut.

Butir mutiara tasbih
merungkai makna rindu
cinta yang bersemi
berakarnya sepi.

Gegendang, terpalulah pilu
mengorakkan awan dedada langit
cinta suci rahsia ilahi
anugerah insan manusiawi.

Hari Jadi Ibu

Saya berhenti sekejap untuk meneruskan cerita 'Budak Champa' yang cuba diadaptasikan dari sebuah kisah yang benar. Kerana apa? Sebab hari ini saya terasa ingin menulis sempena menghargai hari ulang tahun kelahiran ibu saya (1 Februari). Hehe.

Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Masih terngiang-ngiang tangisan bayi dalam pelukan ibu. Sabar ibu mendodoikan ke kiri dan kanan. Pada ibu, anak yang menangis pasti ada sebab, mungkin mahu ditukar lampin, atau barangkali perutnya sudah lapar. Diperiksa ibu punggung si anak, bersih. Tahulah ibu, tangis si anak minta disuap. Bergegas ibu memeriksa dapur, mencari apa yang boleh diberi makan si anak.

Kosong. Tiada barang makanan yang ditemui. Mahu disusukan, si ibu kekurangan zat badan sehingga setitis pun tiada yang keluar. 'Kasihan anakku' getus si ibu dalam hati, walhal dirinya juga kelaparan. Tangis anak semakin kuat, semakin laju jugalah tangan ibu mendodoi. Akalnya ligat mencari jalan, ternampak bekas gula di balik pinggan.

'Kasihan anakku, hanya menghisap air gula'. Si anak ditepuk-tepuk perlahan sehingga terlelap. Wajah si anak dipandang ibu lama-lama, dan wajah itu jugalah yang ibu pandang saat ini, cuma bezanya si anak yang didodoinya suatu ketika dahulu sudah punya tangan yang panjang bahkan lebih panjang dari tangannya sendiri, telinga si anak juga lebih besar tiga kali dari dulu. Mata, hidung, kening... 'Subhanallah, anakku sudah besar remaja'.

"Ibu, ibu sabar dulu ya duduk di pondok ini. Nanti kalau adik dah berjaya, adik akan beli tanah dan kita akan bina rumah yang selesa. Masa tu nanti, adik nak bawa ibu pergi Mekah, kita tengok Kaabah, tengok kubur nabi, kita akan pergi rumah Allah ibu. Insya-Allah".

Ibu hanya tersenyum mendengar kata si anak, raut wajahnya menunjukkan jutaan lega walaupun dia tahu apa yang diluahkan si anak belum pasti menjadi kenyataan. Boleh jadi, ketika itu si anak sudah lupa siapa ibu yang melahirkannya, boleh jadi ketika itu, si anak terlalu asyik dengan kerjaya sehingga lupa segala janjinya. Kerana dia ibu, dia sudah cukup bahagia apabila anak-anak memikirkan perihal dirinya, walaupun hanya sedetik. Dia hanya mampu tersenyum haru dalam linangan air mata.