I
Amir dan Amirah sudah lima bulan berkenalan. Mereka sangat pemalu, oleh itu mereka hanya berhubung menggunakan teknologi maya. Apabila ada masalah, Amirah selesa berkongsi dengan Amir. Amir pada mulanya sedia mendengar luahan Amirah. Lama kelamaan, rasa meluat mula bercambah di hati Amir. Dia kecewa kerana Amirah tidak pandai mengawal emosi, apabila marah selalunya Amir yang kena tadah.
"I tak suka perempuan yang cepat marah-marah. Even I tengok orang yang tengah marah dengan orang lain pun I dah rasa benci dengan orang tu. Apalagi kalau yang dimarah tu I. I boleh berubah fikiran 360 darjah kalau berhadapan dengan orang yang pemarah macam u"
"U dah benci I la ni. Ok fine"
"Tak, janganlah cakap macam tu"
Dalam hati Amirah bermonolog 'Ada aku kisah?'
Akhirnya Amir Amirah membawa haluan masing-masing. Amir tidak tahan dengan sikap Amirah yang pemarah. Pada masa yang sama, Amirah juga tidak tahan dengan sikap Amir yang pemarah, walhal Amir tidak sedar dia juga menampilkan sikap pemarah itu.
Man from Mars, women from Venus. Jika dilihat dalam situasi ini, Amir menyesal apabila Amirah salah faham dengan kata-katanya. Amir cuba memberi pengajaran dengan mengaitkan contoh pandangannya terhadap sikap orang yang pemarah. Tetapi Amirah melihat pernyataan itu bertujuan untuk meyindirnya.
Oleh itu, dapat kita lihat betapa pentingnya kita mengenali personaliti diri sendiri. Orang lain boleh mentafsirkan sikap kita dengan mudah, tetapi kita sendiri bagaimana? So, jalan penyelesaiannya ialah dengan membuat ujian personaliti warna. Kenal pasti kita warna apa, dan pasangan kita warna apa dan sikap kita bagaimana.
Ujian ini juga boleh digunakan terutamanya untuk bergerak kerja supaya tiadalah masalah seperti bercakap ayam dengan itik. Masing-masing tak faham, dan hanya tahu menghukum itu ini.
Wallahuaklam. Sekadar berkongsi, apa yang diketahui. Nantikan scene II, III dan seterusnya, dalam episod Man from Mars, Women from Venus.
Showing posts with label Wallahua'lam. Show all posts
Showing posts with label Wallahua'lam. Show all posts
Lucu
Labels:
Wallahua'lam
/
Comments: (0)
Pernahkah anda mendengar perkataan masam-masam-manis? Kalau tak pernah, haih, kena tengok balik la filem P.Ramlee. Mengapa masam-masam manis, dan mengapa pula tajuk entry ini lucu. Tiada kaitan right? But itulah mesej yang ingin disampaikan.
Cuba anda bayangkan mimik muka anda ketika makan buah cemai, kemudian anda makan buah durian (wuuu sedap sampai menjilat jari), kemudian anda makan pula buah nenas pula (adui, masamnyaaa). Silap hari bulan, anda boleh sakit perut makan buah-buah ini sekaligus. Hanya dengan membayangkan mimik-mimik muka makan buah-buah ini sahaja sudah lucu, apa lagi jika dilihat tingkah laku manusia sehari-hari.
Manusia,
ketika marah = lucu
ketika merajuk = lucu
ketika gembira = lucu
ketika sedih = lucu
ketika serius = lucu
Manusia dan lucu tidak boleh dipisahkan. Mengapa? Kerana sifat manusia itu sentiasa berubah-ubah. Sekejap ok, sekejap tak ok, kemudian sekelip mata boleh jadi singa, kemudian jadi tikus pula, akhirnya menjadi anak ayam yang sentiasa mengikut ibunya kerana bimbang dikejar musang. Mengapa? Kerana sudah fitrah manusia ingin mengikuti sesuatu yang selamat. Dan itu semua ada dalam petunjuk Al-Quran dan sunnah.
i think i want to stop here,
but no, i can't, this entry belum dikupas dengan masak-masak lagi
i don't care, my eye has turned red, tomorror refleksi praktikum lagi
i'm sorry guys, i have to go now, babai
*cukup sampai di sini sahaja, saya lontarkan buah fikiran, selebihnya anda lebih layak mengaitkannya dengan contoh-contoh kehidupan yang lain.
*semoga esok bangun dengan minda yang segar, Islam inside my heart, O Allah, I miss U my Lord.
Cuba anda bayangkan mimik muka anda ketika makan buah cemai, kemudian anda makan buah durian (wuuu sedap sampai menjilat jari), kemudian anda makan pula buah nenas pula (adui, masamnyaaa). Silap hari bulan, anda boleh sakit perut makan buah-buah ini sekaligus. Hanya dengan membayangkan mimik-mimik muka makan buah-buah ini sahaja sudah lucu, apa lagi jika dilihat tingkah laku manusia sehari-hari.
Manusia,
ketika marah = lucu
ketika merajuk = lucu
ketika gembira = lucu
ketika sedih = lucu
ketika serius = lucu
Manusia dan lucu tidak boleh dipisahkan. Mengapa? Kerana sifat manusia itu sentiasa berubah-ubah. Sekejap ok, sekejap tak ok, kemudian sekelip mata boleh jadi singa, kemudian jadi tikus pula, akhirnya menjadi anak ayam yang sentiasa mengikut ibunya kerana bimbang dikejar musang. Mengapa? Kerana sudah fitrah manusia ingin mengikuti sesuatu yang selamat. Dan itu semua ada dalam petunjuk Al-Quran dan sunnah.
i think i want to stop here,
but no, i can't, this entry belum dikupas dengan masak-masak lagi
i don't care, my eye has turned red, tomorror refleksi praktikum lagi
i'm sorry guys, i have to go now, babai
*cukup sampai di sini sahaja, saya lontarkan buah fikiran, selebihnya anda lebih layak mengaitkannya dengan contoh-contoh kehidupan yang lain.
*semoga esok bangun dengan minda yang segar, Islam inside my heart, O Allah, I miss U my Lord.
Jahatnya Syaitan
on Sunday, March 22, 2015
Labels:
Wallahua'lam
/
Comments: (0)
Jahatnya syaitan
kerana kejahatannya tidak dia perbuat
di akhirat kelak
hebat hujahnya.
kerana kejahatannya tidak dia perbuat
di akhirat kelak
hebat hujahnya.
"Aku tidak kalian nampak
tetapi aku kalian salahkan
maka itu tolong buktikan
ketika mana aku mengajak kalian berbuat dosa?"
Ketika mana? ketika mana?
ketika itu kita akan terlopong
ketika mana syaitan mengajak kita berbuat dosa!
Kita cuba ingat ingat kembali
ketika kita melawan cakap ibu
ketika kita bercakap bohong
justeru, di mana syaitan ketika itu?
Jahatnya syaitan
kerana kejahatannya tidak dia perbuat
di akhirat kelak
hebat hujahnya.
"Jika kalian tahu aku ini jahat,
kenapa kalian
masih mahu menuruti aku?"
Dua hujah kukuh itu
cukup untuk buat kita menyesal
mengapa dan mengapa
kita menurut perintahnya
di mana Allah di hati kita ketika ini
ayuh koreksi diri
jiwa yang lapar perlu makan
rohani yang dahaga perlu diberi minum
Allah itu Maha Adil
diberi kita akal untuk berfikir
memilih antara baik dan buruk
bagi menghindar bisikan kufur.
Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin
maka berdoalah
memohon dengan rendah diri
bukan dengan menggunakan ayat perintah
"Allah, Kau lindungilah aku, Kau hindarilah aku, Kau berikanlah aku..."
tetapi, merayulah dengan penuh pengharapan
berdoalah dengan penuh strategi
dengan penuh kebijaksanaan
sebagaimana bijaksananya nabi Musa berdoa;
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku"
Cemas
on Monday, November 3, 2014
Labels:
Wallahua'lam
/
Comments: (0)
Aku menulis di meja, dia di meja sebelahku menarik perhatian. Aku terus menulis dengan menjadikan dia sebagai analogi. Dia keras membeku. Apabila aku menghampiri dia, aku lihat kata-kata yang dia ukir di atas meja, aku ambil dan gubah. Kata-katanya terlalu kuasa, sehingga dia juga aku bawa di sisi tempat dudukku.
Sedang asyik menulis, dia tumbang di atas ribaku. Di kepalanya aku lihat satu jalur panjang, yang akan memercikkan darah bila-bila masa. Aku hanya terpaku pada hidung mancung dan kulit sawonya, dia masih begitu, tidak menyedarkan diri.
Albert, seorang pelajar British menghampiriku, meminta aku membetulkan tulisannya. Tulisan itu aku tegur. Dia melukis gambar di atas kertas itu, tangannya cukup mudah melakarkannya. Aku mohon, ajari aku. Dia pun mengajar. Kemudian aku senyum, kataku, aku mahu melukis gambar dia. Dia pun mengajar, aku sudah teruja dengan kemahiran baruku.
Kepalanya asyik tersenguk di hadapan kami, Albert segera menegakkan kepala itu, diam. Darah mula mengalir laju dari luka di kepalanya. Segera, hampir aku cemas disimbah peluh. Dua tiga tisu aku ambil dan segera menyerap darah di kepalanya. Albert kebinggungan, aku tak tahu nak hurai, aku juga tak tahu mengapa.
Albert memandangku, kaca mataku cuba mengatakan, bukan aku yang lakukan itu padanya, aku temui dia dalam keadaan yang begitu. Darah mengalir lagi, tisu ku ambil dan serap lagi. Kali ini, aku tekan tisu itu dalam-dalam, supaya darah di celahan rambut juga bisa diserap. Kemudian dia, Albert pikul dan dia membuka mata. Masya-Allah, masih hidup rupanya.
Aku berlari keluar dari bilik darjah. Di belakang bilik itu aku buang tisu-tisu tadi. Aku lihat, kelas lain sedang asyik belajar, sedang asyik memberi tumpuan tanpa culas. Tiba-tiba aku ditegur dari belakang, oh, Mingo! Kami berbual seketika, dalam perbualan itu aku tersebut nama dia. Mingo kehairanan, mengapa dia masih ada di sini. Adalah cukup bahaya untuk dirinya sendiri.
Pernyataan Mingo dapat kubaca, ada sesuatu yang sedang berlaku. Dia dalam bahaya. Perlukah aku selamatkan atau biar sahaja??
Ke bilik darjah itu aku kembali, Albert masih khusyuk dengan lukisannya. Aku hampiri Albert, di mana dia? Albert membawa aku ke bilik rehat, tempat dia diletakkan. Suasana ketika itu sudah malam. Aku membawa kain untuk di alas kepalanya supaya darah tidak mengotorkan bantal. Dia menyelimutkan penuh tubuhnya. Ke tingkap dia memandang, takut-takut kalau ada bayang-bayang. Lalu langsir dia selak ke tepi habis, supaya senang dia perasan jika ada yang bersembunyi di luar.
Dia gelisah, dia cemas, dia hanya aku perhatikan tanpa menunjukkan gelora cemasku. Jika aku cemas, bagaimana dia hendak aku bantu. Kelakuannya membenarkan segala kata-kata Mingo siang tadi. Ada sesuatu yang mengekori dia! Atau dia sahaja yang rasa begitu.
Kringgg!!! Masya-Allah, sedarlah aku bahawa lampu bulan sudah ditutup, lampu matahari sedang dibuka. Aku cuba mengingati semula, siapa dia? Tapi semuanya kelabu..
Kringgg!!! Masya-Allah, sedarlah aku bahawa lampu bulan sudah ditutup, lampu matahari sedang dibuka. Aku cuba mengingati semula, siapa dia? Tapi semuanya kelabu..
Menunggu Solehah?
on Friday, September 19, 2014
Labels:
Wallahua'lam
/
Comments: (0)
- Perang psiko?
- Orang selalu kata, kalau kita tolak pinangan orang alim, kita akan ditimpa bencana. Percaya atau tidak, terserah pada pegangan masing2.
- Tetapi, tidakkah perempuan mempunyai hak memilih. Bak kata orang,
Imam tidak boleh memilih makmum
Tetapi makmum boleh memilih imam. Hehehe..
- Oleh itu, janganlah terlalu kecilkan skop dalam soal sepenting hidup dan mati. Sebab imam yang kita pilih adalah penentu sama ada ibadah solat kita ketika itu sah atau tidak.
- Kalau imam pun kita tak percaya boleh baca fatihah dengan betul, takpun kita ragui ilmu yang dipelajarinya, tepuk dada tanyalah selera.
- Maka itu, ramailah anak mudi yang dituduh terlalu memilih, jual mahal dan sebagainya.
Jual mahal?
Dah tu, takkan nak jual murah pula?
Ok, lelong2, rm5 satu barang?
.....?
- Kita takkan mampu puaskan hati semua orang. Sedangkan hati kita pun selalu tak terpenuhi. Iye dak?
- Walau bagaimanapun, tidak dinafikan juga bahawa anak mudi sekarang banyak yang terkena penyakit, penyakit tak nak kahwin.
Berbagai sebab diberi
Ada yang boleh diterima
Ada juga yang langsung tak boleh telan.
Jiwa perempuan memang tak boleh jangka
Apa lagi kalau dipaksa
Kalau dah memang tiada jodoh
Tidak kiralah sudah berapa kali dipinang
Tetapi jodoh tetap ditolak.
Alasannya...
Alasannya...
Sayang seribu kali sayang
Ampun beribu ampun
Sedang diri dididik solehah
Biarlah ilmu dikecapi dahulu
Kerana masa masih panjang
Untuk kesediaan itu dibuka pintu.
- Allah telah berjanji di dalam kitab suciNya, bahawa perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik juga untuk perempuan yang baik.
- Jadi, wahai pemuda pemudi, bagaimana jodoh yang anda idamkan, anda juga mestilah seperti itu juga.
- Menunggu solehah? Hmm.. tak perlu ditunggu, tetapi berusahalah ke arah itu. Ok? Arasso?
- Jom mulakan dari hari ini. Senyum dan ikhlas. Ngee..
- Wallahua'lam.
