RSS
 Mendidik anak tidak semudah disangka
ibu perlu mainkan peranan
jangan tunggu dan harapkan bapa
lagi ditunggu lagi rugi
anak tak ke mana
biar sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tidak berguna.

Bersakit-sakit dahulu
insya-Allah bersenang-senang kemudian melihat kejayaan anak.
Adalah penting ibu bapa seiring
mendidik dan membimbing anak
ketepikan segala kepentingan 
jangan biarkan pasangan anda keseorangan
dalam meniti jalan berduri
malah dihampar serpihan kaca
air matanya pasti gugur
tatkala anda sedar
sudah tiada siapa di sisi
sendirian berteman sepi.

Saat itu anda pasti rindu
dan ingin kembali mengurus keluarga
walaupun penat dan dahaga
sudah tiada penawarnya.
 Angin terus bertiup tidak mengira masa dan zaman
dan daun yang kering akan berterbangan
diarus angin.
Sementara itu,
daun segar akan tetap di pokok,
namun, sampai masanya 
daun di pokok tetap dimakan ulat
berlubang juga sana dan sini.


Sahabat, begitu juga dengan hidup!
Hidup adalah zaman yang sentiasa berubah
terserah pada kita
sama ada mahu ikut terbang mengarus zaman
atau terus tetap tidak berubah
namun, jika kau memilih untuk tetap
dikau juga perlu bersedia
dengan musuh tegar di dalam diri
yang sentiasa menarik dikau ke belakang
tatkala 
kau lupa arah tujuan.