RSS

 Ibu, tatkala anda bersikap kasar kepada anak, anak anda akan mengikut setiap tindakan anda. Bagaimana anda melayan mereka ketika kecil, tidak mustahil, begitulah juga cara mereka melayan anda ketika tua.

Tapi puan, saya tidak dapat kawal diri saya. Tangan dan kaki saya lebih laju bergerak untuk mengajar anak. Mereka kadang kala sengaja membuat saya berapi. Saya tidak mampu.

Sedarlah puan, anak adalah amanah Allah untuk kita jaga, bukan untuk kita pukul dan belasah.

Saya semenjak anak dalam perut saya tidak suka. Apabila mereka keluar saya rasa hidup saya susah dan tiada ruang masa untuk diri sendiri.

Cuba puan renungkan, betapa ramai ibu bapa di luar sana inginkan anak. Bertahun-tahun mereka berdoa untuk diberikan anak. Tetapi Allah berikan semua itu kepada puan. Semestinya ada sesuatu yang Allah mahu.

Sebenarnya saya sangat tertekan melihat perkembangan anak kawan-kawan saya. Anak mereka boleh fokus ketika belajar, anak mereka begitu dan begini. Anak saya, saya rasa begitu jauh ketinggalan. Tetapi saya tidak mampu mendidiknya. Keadaan itu mendorong saya untuk sentiasa berasa marah dengan segala sikap mereka.

Dunia bisnes
Kusangka itulah jalanku
Untuk keluar daripada belitan wang
Namun lagi Ku kejar lagi aku terkapai
Matlamatnya tidak seiring denganku
Aku hanya mahu tenang
Hidup yang tiada paksaan
Tiada gesaan dan memaksa diri
Hidupku tenang tanpa manusia dan dunia.

Tapi nabi kata dunia adalah tempat persinggahan
Tempat kita menanam benih
Hasilnya kita kutip di sana
Adapun dunia tempat kita bekerja
Di akhirat sanalah istirehat kita

Ya Allah
Siapalah aku tanpa bimbinganMu
Tunjuki daku jalan yang lurus
Jalan yang Engkau redhai
Bukan jalan yang Engkau Murkai
Bukan pula jalan mereka yang sesat.