RSS

(MOHD ASRI 3/9/2021)

 Jangan termenung 
sampai sakitkan hati sendiri
hati bukan untuk disakiti
hati untuk happy-happy.
Kalau hati sakit, yang merana diri sendiri
orang lain happy-happy je.


 Bangsa complaint adalah bangsa yang mundur

Stop compalint and just do your work.
Fokus on your dream. 
But whats your dream guys?
To get redha and jannah.
So you just tired at dunya
we will rest at jannah.
Please dont stop on what you doing
be healthier and happy.

Its ok to do mistake.
The mistake is your teacher.
Never ask what you will get
but fokus on what  you will give
and how you can sacrifice on it.

The best people
is the people that can change or twist the problem
for an action to solve.
Find a good bos that can teach you to be more.

musafir

Keterujaanku dahulu hilang
apabila penat menjengah
arahku bercapah-capah
buntu
hilang dalam terang
tenggelam dalam kelam
sendirian tiada haluan.

Tuhanku Yang Maha Mendengar
Yang sentiasa ada
tunjukkan aku jalan yang lurus
terangi malamku
aku perlu terus melangkah
meskipun teraba dalam samar
aku lebih lelah jika terus terdampar.

Sebagai musafir
kita perlu terus berjalan
hentian rehat hanya sementara 
sekadar mengisi perut yang lapar
basahkan tekak yang dahaga 
begitulah dunia
ambil sekadar yang perlu
hakikat rehat di syurga sana.

 Ibu, tatkala anda bersikap kasar kepada anak, anak anda akan mengikut setiap tindakan anda. Bagaimana anda melayan mereka ketika kecil, tidak mustahil, begitulah juga cara mereka melayan anda ketika tua.

Tapi puan, saya tidak dapat kawal diri saya. Tangan dan kaki saya lebih laju bergerak untuk mengajar anak. Mereka kadang kala sengaja membuat saya berapi. Saya tidak mampu.

Sedarlah puan, anak adalah amanah Allah untuk kita jaga, bukan untuk kita pukul dan belasah.

Saya semenjak anak dalam perut saya tidak suka. Apabila mereka keluar saya rasa hidup saya susah dan tiada ruang masa untuk diri sendiri.

Cuba puan renungkan, betapa ramai ibu bapa di luar sana inginkan anak. Bertahun-tahun mereka berdoa untuk diberikan anak. Tetapi Allah berikan semua itu kepada puan. Semestinya ada sesuatu yang Allah mahu.

Sebenarnya saya sangat tertekan melihat perkembangan anak kawan-kawan saya. Anak mereka boleh fokus ketika belajar, anak mereka begitu dan begini. Anak saya, saya rasa begitu jauh ketinggalan. Tetapi saya tidak mampu mendidiknya. Keadaan itu mendorong saya untuk sentiasa berasa marah dengan segala sikap mereka.

Dunia bisnes
Kusangka itulah jalanku
Untuk keluar daripada belitan wang
Namun lagi Ku kejar lagi aku terkapai
Matlamatnya tidak seiring denganku
Aku hanya mahu tenang
Hidup yang tiada paksaan
Tiada gesaan dan memaksa diri
Hidupku tenang tanpa manusia dan dunia.

Tapi nabi kata dunia adalah tempat persinggahan
Tempat kita menanam benih
Hasilnya kita kutip di sana
Adapun dunia tempat kita bekerja
Di akhirat sanalah istirehat kita

Ya Allah
Siapalah aku tanpa bimbinganMu
Tunjuki daku jalan yang lurus
Jalan yang Engkau redhai
Bukan jalan yang Engkau Murkai
Bukan pula jalan mereka yang sesat.
 Mendidik anak tidak semudah disangka
ibu perlu mainkan peranan
jangan tunggu dan harapkan bapa
lagi ditunggu lagi rugi
anak tak ke mana
biar sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tidak berguna.

Bersakit-sakit dahulu
insya-Allah bersenang-senang kemudian melihat kejayaan anak.
Adalah penting ibu bapa seiring
mendidik dan membimbing anak
ketepikan segala kepentingan 
jangan biarkan pasangan anda keseorangan
dalam meniti jalan berduri
malah dihampar serpihan kaca
air matanya pasti gugur
tatkala anda sedar
sudah tiada siapa di sisi
sendirian berteman sepi.

Saat itu anda pasti rindu
dan ingin kembali mengurus keluarga
walaupun penat dan dahaga
sudah tiada penawarnya.
 Angin terus bertiup tidak mengira masa dan zaman
dan daun yang kering akan berterbangan
diarus angin.
Sementara itu,
daun segar akan tetap di pokok,
namun, sampai masanya 
daun di pokok tetap dimakan ulat
berlubang juga sana dan sini.


Sahabat, begitu juga dengan hidup!
Hidup adalah zaman yang sentiasa berubah
terserah pada kita
sama ada mahu ikut terbang mengarus zaman
atau terus tetap tidak berubah
namun, jika kau memilih untuk tetap
dikau juga perlu bersedia
dengan musuh tegar di dalam diri
yang sentiasa menarik dikau ke belakang
tatkala 
kau lupa arah tujuan.
 Saat hati terasa libang libu
ku tahu ada sesuatu yang buntu
tatkala itu tiada siapapun bisa membantu
hanya padaMu aku berseru
Wahai Tuhan Yang Maha Satu.


Antara terbang dan terdampar
aku tahu keduanya tidak baik bagiku
namun amat sukar untukku terus tergantung di tengah
antara terbang menggapai cita-cita
atau terus terdampar dihanyut negativiti.


Tuhanku,
tunjukkan daku jalan yang lurus
jalan-jalan yang Engkau redhai
bukan jalan mereka yang Kau murkai
bukan pula jalan mereka yang sesat.


Aku mahu sekali
menjadi insan hebat hasil tarbiah dariMu
TarbiahMu ku nanti
untuk membimbingku dalam setiap langkah.
Saat manusia ingin memiliki harta
saat itu mereka lupa
arah yang dituju hilang seketika
dunia dikejar bagaikan syurga.

Berpadalah wahai manusia
harta dan dunia bukan tujuan kita
kita hidup untuk agama
tuntutlah ilmu 
agar kita 
sentiasa waspada.

"Ya Allah, lindungilah kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya daripada fitnah dan tipu daya dunia. Faqihkanlah kami dengan ilmu agama. Serta jadikanlah kami daripada hambaMu yang sentiasa bersyukur"
Media sosial gudang kepada segala masalah dan fitnah
Manusia suka memaparkan keseronokan, kesedihan mahupun ketidakpuasan
Malah pembaca pula mudah terikut dan mahu seperti itu
Menyebabkan hilang rasa syukur dan kerendahan hati
Hati dengan semena-mena menjadi besar
Justeru meminta itu dan ini

Si pulan dapat begitu dan si pulan buat begini

Akhirnya suamilah gedung dicampakkan masalah
Dan rumah tangga mula bermasalah
Anak-anak tidak dihiraukan
Tanggungjawab mula ditinggalkan
Berpunca daripada mata yang tidak terjaga
Daripada melihat dunia yang durjana.
Hari ini aku bermusafir lagi dengan mendengar cerita dan masalah seseorang. Adapun cerita dan pengalamannya memberi banyak pengajaran buat aku, insan kerdil.

Saat kita berasa tidak cukup dan lupa akan kasih sayang yang diterima,
ada insan yang sentiasa menunggu kasih dan cinta yang tak kunjung tiba.

Saat kita berasa kurang dengan sesuatu,
ada insan yang sentiasa hilang dari hati yang dirindui.

Namun mereka melangkah seperti kita melangkah
bekerja seperti kita bekerja
bergaul sebagaimana kita

Terasa hangat titisan air yang mengalir di pipi
adapun syukurku tidak pernah memadai dengan rezeki yang Kau beri

Ya Allah, rezekikanlah kami untuk beribadat kepadaMu, berzikir kepadaMu dan sentiasa mensyukuri nikmatMu sepanjang masa.
Katakan padaku, apakah tujuan hidupmu?
Tiadalah apa melainkan beribadat kepada Allah yang Esa.

Lalu mengapa begitu banyak sekali ujian menimpa?
Adapun dunia ini adalah gelanggang masalah, dan manusia hidup untuk menyelesaikan masalah tersebut. Itulah sebabnya manusia dikurniakan akal yang mengiktiraf manusia sebagai sebaik2 ciptaan.

Terlalu banyak masalah dan ujian, harus bagaimana selesaikan?
Utamakan masalah diri sendiri. Jangan pandang masalah luar. Adapun musuh utama seorang manusia adalah dirinya sendiri.

Manusia bersifat alpa
seringkali terlupa
dunia hanya sementara
akhirat jua selamanya.

Kerana sering terlupa
maka manusia bongkak dan rakus
semua kurnia tidak pernah cukup
sering berasa ada yang kurang
hakikatnya kurang itu: hati mereka
melayan nafsu yang serakah
sehingga terlupa akhlak yang utama.

Tujuan nabi diutus
bukan untuk manusia bisa meneroka dunia
bukan untuk manusia bisa menakhluk angkasa
adapun hanya untuk mengajar manusia
bagaimana berakhlak mulia.

Sedarlah manusia
sehebat-hebat manusia
adalah mereka yang bisa menguasai diri
dan istiqamah perbaiki akhlak
sehingga tiba masanya Allah menjemput
maka syurgalah tempat kembali.

3 ketui kebahagiaan
Bila kita tak mampu menjadi jauhari
yang dapat membezakan antara permata dan kaca,
maka kita perlu menjadi enau di dalam belukar
yang melepaskan pucuk masing masing.
Setelah dua tahun menyepi, aku terpanggil membuka kembali blog yang kian berhabuk. Membaca tulisan terdahulu, terkejut dan tidak percaya dengan bahasa jiwaku dahulu. Tertanya tanya, apa mungkin bakat itu akan kembali atau terkubur begitu sahaja. Harapku, semoga bakat itu akan diturunkan pula kepada Nafisah dan Aflah.
Ya allah, dimanakah aku di sisiMu?
Jiwa nan kosong pinta diisi, seperti kereta yang menangis pinta di bubuhkan minyak, sekiranya tidak, tiadalah bergerak akan ia.

Ketika jiwa berasa kosong, malam kelihatan panjang sekali, diselangi derap roda di jalanan. Mata pula begitu celik menatap kipas dinding.

Ya allah, percepatkanlah malam ku, agar dapat ku berhenti, memikirkan segala yang haru. Semoga esok lebih baik daripada hari ini. Bantulah aku dalam bertingkah, agar tiada aku terpatah.
Buntu! Hanya itu yang dapat diungkapkan atas jiwa yang diuji.

Keliru! Hilang hala tuju seperti pistol yang tiada peluru.

Hari ini genaplah sudah 44 hari pantang. Hati masih merasakan kosong atas pemergian baby. Namun sedihku bukanlah bermaksud aku tidak reda, tetapi jiwaku belum puas untuk membelai ukasyah, baby pertamaku.

Fikir-fikir balik, adakah adil untuk ku bersikap sedemikian. Sungguh tidak matang kata suamiku. Berhentilah bersikap seperti budak2. Belajar untuk menjadi matang.

Terima kasih kepada cik abang yang tabah dan sabar melayan kerenah ku yang pening ini. Ya allah, berkatilah suami ku ini, cekalkan hati nya untuk terus membimbing ku ke jalan-Mu ya rabbi.

Puisi libang libu

Ketika hati sudah tidak berpuisi
Jiwa bergelora sepi
Seperti ada yang kosong
Seperti ada yang terpesong

Manusia sejujurnya perlu bicara
Melenturkan segala yang beku
Menjadikan ais beku sesuam kuku
Mencipta bahagia dalam cara

Hikmah itu dalam bertingkah
Kuasa itu dalam kata
Binasa itu kerana harta
Sesat pula kerana kurangnya ilmu

Manusia yang suka menghukum
Menganggap dirinya lebih baik
Sedangkan di sisi Allah
Tiada siapa yang tahu

Minggu ke-23

Pada minggu ke 23 kehamilan, aku teruja mendapat gaji pertama. Kami bercadang untuk scan 4D, nak tahu apakah jantina anak kami. Kami singgah di Hospital Pantai. Kami discan oleh Dr. Geeta. Alangkah terkejutnya Dr Geeta apabila mendapati kandungan ini tidak normal. Beliau mengesyaki bahawa kandungan ini dalam kategori diafragma hernia lalu membuat surat rujukan kepada doktor pakar untuk memastikan hasil scan beliau.

Keesokan harinya, kami pergi ke hospital Pemaisuri Bainun. Kami berjumpa dengan Dr. Jafaraj. Kami diberitahu bahawa beliau adalah doktor scan terbaik yang ada di Malaysia setakat ini. Beliau mengesahkan penemuan Dr Geeta. Tetapi beliau mengkategorikan masalah ini kepada gastriochisis. Beliau ingin memantau tumbesaran baby kami dari semasa ke semasa. Oleh itu, aku dan suami perlu selalu turun ke Ipoh untuk membuat pemeriksaan lanjutan.

Semenjak hari itu, aku dan suami menjadi semakin resah. Kami reda bahawa Allah telah memilih kami untuk melalui hidup yang unik. Namun kami masih tidak henti-henti membayangkan bagaimana keadaan anak pertama kami nanti. Adakah dia dapat hidup seperti biasa atau perlu melalui saat-saat sukar yang tidak boleh dibayangkan.

Saban hari aku mencari info mengenai gastriochisis. Kisah-kisah baby gastriochisis dalam youtube sedikit sebanyak memberi sinar, bahawa baby ini masih punya harapan untuk hidup. 2 minggu lagi kami akan menyusul lagi di hospital Ipoh. Semoga pemeriksaan kali ini akan memberikan khabar yang baik-baik sahaja kepada kami. Insya-Allah. Allahumma amin. Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang diuji. Terima kasih Allah kerana memilih kami, memberi kami peluang untuk membaiki darjat kami disisiMu.