- Kadang-kadang apabila kita menjadi ketua, kita akan berasa sedih bila meeting yang kita buat tidak mendapat komitmen ahli. Namun, janganlah sampai kesedihan itu melunturkan semangat kita untuk bergerak kerja.
"Kalau bukan kita yang buat gerak kerja ini, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi? Kalau bukan di sini, di mana lagi?"
"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam di muka bumi ini, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Andaikan hanya tinggal seorang sahaja pejuang Islam di muka bumi ini, pastikan dia adalah KAMU"
- Tidak hairan juga sekiranya kita diuji dengan kekurangan tenaga kerja, kita akan berasa lemah, futur dan ingin berundur merehatkan diri. Pada fikiran kita saat itu;
"Biarlah orang lain pula yang buat kerja ni. Inilah masanya untuk mereka belajar."
"Ya Allah, tetapkanlah kami dalam agama-Mu, istiqamahkan kami dengan jalan juang nabi-Mu" (amin ya rabbal alamin)

0 comments:
Post a Comment