aku tak mahu jadi awan
pecahku selalu dicaci
mendungku menyuramkan bumi
aku tak suka digelar awan
sedang aku juga membawa hujan dan petir.
Kata bulan: duhai awan,
tanpa air yang kau kandung
kau bukan awan
tanpa hujan yang kau curahkan
kau bukan awan
tanpa petir yang mengilat bumi
kau bukan awan
kau memang diciptakan untuk mendung,
untuk hujan mahupun petir
itulah yang menjadikan kau awan sejati.
Awan, kau tak salah
itu asal ciptaanmu.
- Sedangkan awan berjaya menyiapkan tugasannya, tapi kita?
- Tatkala hati berkecil, aku tak mahu digelar ustazah, jangan panggil aku ustazah. Aku manusia biasa, cikgu bahasa melayu, bukan PAI, bukan Arab. (aku mesti berpenampilan sebagai guru bahasa melayu)
- Sekecil-kecil kesalahan sangat mudah dilihat. Aduh! susahnya hidup! Rosak nama para asatizah, minta maaf, aku tukarkan niqabku, asal jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tetapi kata ustaz Mat Idris:
Kita pakai songkok, pakai jubah, bukan kita nak jadi ustaz ustazah, tapi kita nak jadi yang terbaik.
Tanpa jalan yang betul, misi dan visi takkan tercapai, kerana kebahagiaan bukan berada pada penghujung jalan, tetapi sepanjang jalan.
- Sesiapa yang memesongkan diri dari jalan Allah, hidupnya kucar-kacir. Sesiapa yang memandu dirinya di jalan Allah, hidupnya bahagia.
- Allahuallah, tetapkanlah hati, diri dan imanku. Amin.

0 comments:
Post a Comment