RSS

Al-Kahfi

  • Assalamualaikum wbt. Ehem2, siapa tahu apa itu yakjuj dan makjuj? hehe
  • Yakjuj dan makjuj dalam kitab yahudi atau bible, dikenali sebagai Gog Magog. Jika dilihat pada salasilah keturunan Gog Magog ini, didapati Magog merupakan cucu kepada Nabi Nuh a.s. iaitu anak Yafith bin Nuh.
  • Dalam surah al-Kahfi, diceritakan Zulqarnan membina tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj daripada membuat kerosakan di bumi. Berikut surah al-Kahfi, ayat 93-98.
93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia daapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94. Mereka berkata, 'Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; Maka setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

95. Ia menjawab, 'Kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya lebih baik; oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh'.

96. 'Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata, 'Tiuplah dengan alat-alatmu', sehingga apabila ia menjadi api berkatalah ia 'Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya'.

97. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

98. Berkatalah ia, 'Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar.
  • Surah ini diturunkan kerana orang-orang Yahudi ingin menguji kebenaran tentang kenabian Nabi Muhammad saw. Pendeta mereka berkata, jika benar dia Nabi terakhir, maka tanyakan kepadanya mengenai pemuda-pemuda yang berpergian, zulqarnain dan roh. Jika dia dapat menjawabnya, benarlah dia itu nabi, jika tidak, terserahlah kepada kamu untuk mempercayainya atau tidak.
Persoalannya, kenapa mereka terlalu berpegang dengan teori tersebut? Seolah-olah itu merupakan garis panduan untuk memastikan kenabian Nabi Muhammad saw.
  • Hal ini demikian kerana berita mengenai kedatangan Nabi Muhammad saw telah diceritakan dalam kitab-kitab mereka, malah mereka mengenali nabi Muhammad saw seperti mana mereka mengenali anak mereka sendiri. 
  • Apabila mereka datang kepada nabi Muhammad saw bertanyakan perkara tersebut, lalu berkatalah nabi, datanglah pada besok hari, akan aku khabarkan jawapannya.
Namun, 15 hari telah berlalu, Nabi Muhammad tidak mendapat sebarang wahyu daripada Jibril.

Ini menyebabkan orang-orang kafir semakin meragui kenabian baginda
  • Lalu datanglah malaikat jibril membacakan surah ini bersama teguran supaya Nabi Muhammad menyatakan insya-Allah, dalam perkataannya.
  • Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment