ketika itu,
pantai sudah sedia melepaskan buih-buih
untuk kembali ke laut membiru.
Pergilah buih,
kembali ke laut
dan pantai
akan terdampar begitu
sehingga disinggahi tapak sulaiman
atau anak penyu yang lepas menetas.
- Alangkah indahnya hidup jika manusia tidak diberi rasa. Pasti tiada yang terluka, pasti tiada yang kecewa kerana hidup bagaikan air tawar yang ditelan.
- Tetapi perasaan itu Allah beri sebagai ujian, untuk kita kembali ingat bahawa Allah Maha Berkuasa. Jangan dilawan aturan Allah.
- Dan manusia akan kembali berebut-rebut dalam amalan, kiamat itu benar, neraka itu benar, syurga itu benar, nabi muhammad saw itu benar.
- Benarkanlah Allah di hatimu, agar api menjadi air, matahari menjadi salji dan marah menjadi tenang.
- Hanya dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang.
Sesekali tidak akan ku biar
racun bisa menyerap
menyeruak ke dalam hati
kerana hati itu adalah raja
yang perlu dijaga.

0 comments:
Post a Comment