2015: Praktikum dan Viva.
- Buat viva tentang kemahiran penulisan @ permainan @ tapak pembelajaran yang menarik.
- Praktikum sem depan, merayu juga pada unit praktikum supaya dapat dekat-dekat IPG je, guna alasan tiada kenderaan. Hehe.
- Kuasai ilmu pedagogi untuk mengajar dalam kelas, pada masa yang sama penuhkan dada dengan ilmu Rabbi, supaya apabila mengajar, anak murid juga dapat mengenal siapa Pencipta mereka, kebetulan pula sem depan ajar moral, ada juga peluang nak dicari.
Kata Ummi Hashimah,
jangan takut menyebut Allah
walaupun mereka non-muslim
kerana mereka juga makhluk Allah
serulah mereka dengan hikmah.
2016: Mula bekerja.- Minta posting berdekatan dengan keluarga.
- Bahagikan gaji dengan baik.
- Main duit kutu. Satu kepala RM300, main 5 kepala. Satu pusingan 2 tahun.
- Satu kepala sekali kutip RM 12 000 kali dengan 5 kepala = RM 60 000
- Sebulan peruntukkan RM1500 untuk duit kutu, selebihnya untuk perbelanjaan harian dan beri pada keluarga.
2017: Tengok pada keadaan.
- Kalau situasi sudah selesa untuk sambung master, terus sambung masa ni.
- Antara subjek yang nak disambung ialah Pendidikan Moral, kerana minor sekarang moral dan paling dekat dengan Islam.
Sesungguhnya Muhammad itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia
Maka, moral diharapkan menjadi pilihan terbaik
- Kalau tidak, teruskan mengajar macam biasa, jaga kebajikan keluarga dan teruskan usaha.
- Setiap cuti panjang, mudah-mudahan dipermudahkan niat untuk pergi ke pondok, dalami ilmu agama, itulah cahaya hidup.
- Pada masa yang sama, aktifkan diri dengan aktiviti kawasan. Menyumbang apa yang perlu. Bawa keluarga untuk sama-sama bergerak dengan kawasan.
Dua tahun kemudian...
2018: Pergi umrah satu keluarga.
- Dengan duit kutu, nak bawa mak, bawa pa, bawa along, bawa dekna dan zaki. Insya-Allah, kita ziarah makam nabi.
- Kalau aku lupa, tolong ingatkan aku azam yang satu ini.
2019: Rumah dan Tanah
- Teruskan bermain duit kutu untuk pusingan yang kedua.
- Kutipan kali ini, beli tanah dan buat rumah sewa 4 pintu.
- Mudah-mudahan bajet cukup sebab yang buat nanti ayah sendiri, jadi jimat kos dari segi upah pekerja. hehe. Jadi rumah sewa untuk keluarga.
- Sewa satu pintu untuk dekna di UIA, satu pintu untuk zaki (diharapkan dapat menyambung ke Timur Tengah) dan dua pintu lagi untuk mak dan pa.
- Kalau mampu dan sesuai dengan masanya, sambung terus phd masa ini. Insya-Allah, moga Allah makbulkan.
Apabila yakin kebajikan keluarga sudah terjaga, barulah fikir untuk diri sendiri. Insya-Allah, moga Allah reda.
Mengapa tidak dimasukkan target untuk berbaitul muslim? Ada yang bertanya, dan jawapannya, aku tetap dengan keyakinan bahawa jodoh itu hadiah daripada Allah, bila Allah nak beri kita terima. Bila Allah senyap, kita teruskan hidup macam biasa. Dan sebaik-baiknya, ketika Allah beri itu kita sudah berada dalam keadaan yang bersedia dan selesa, bukan dalam keadaan yang sangat membebankan.
Penuhkanlah dadaku dengan iman
penuhkanlah dadaku dengan ilmu
penuhkanlah dadaku dengan cinta pada-Mu
Apabila aku berjaya, tambahkanlah imanku
apabila aku gagal, tambahkanlah imanku
jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bertambah imannya.

0 comments:
Post a Comment