- Sedang asyik membancuh air untuk berpuasa esok, tangan ligat memeriksa telefon.
Zakirah, jom breakfast sama2 esok. (2.30 am)
Dalam hati,
'hebat kawan aku yang seorang ni.
Pukul 2.30 pagi pun tak tidur lagi.'
Alhamdulillah,
aku hanya minta untuk menjadi seorang yang hebat
seorang hamba abdi yang total
tapi Allah berikan aku kawan2 yang hebat
insan2 pejuang
insan2 yang menginfakkan diri dalam jihad
untuk aku jadikan ikutan
Alhamdulillah, Terima Kasih Allah. (^_^)
- Sudu yang leka mengacau air terhenti sekejap. Lalu buku 'pengurusan harian' dibuka. Hari ini jadual dah penuh untuk menyiapkan tugasan yang tertunggak.
- Namun, ajakan kawan, sukar ditolak. Kerana aku tahu, mereka ajak bukan sia-sia, mereka ajak dengan rasa rindu yang memenuhi dada, dengan rasa sayang yang tak tercurah, dengan rasa ingin berjumpa dan gelak bersama. Aku juga merindui mereka.
kasihilah mereka yang mengasihimu
luangkanlah masa dengan mereka yang meluangkan masa denganmu
Dan...
rinduilah mereka yang merinduimu
(Sesungguhnya, nabi adalah insan yang sepanjang hidupnya merindui kita, umatnya yang tidak dapat hidup bersamanya, yang tidak dapat melihat wajahnya dan yang tidak dapat mendengar suaranya)
kerana mereka adalah orang-orang yang ikhlas dalam hidupmu.
- Lalu jadual harian aku gubah. Mesej wasap itu, segera aku balas. "Jom2, nak breakfast kat mana la?"
- Rasa puas dan senyum. Status 8 bulan lagi sebelum meninggalkan maktab, sebelum meninggalkan kawan2, sebelum meninggalkan gerak kerja, sebelum meninggalkan adik2, dan.. sebelum melangkahkan kaki ke alam yang baru, perkahwinan. Insya-Allah. Moga Allah reda.
ilahi anta maqsudi waridoka mathlubi

0 comments:
Post a Comment