RSS

Cerita Hati

  • Alhamdulillah, sampai juga zarina di Perak untuk temuduga ipg. Insya-Allah, mudah-mudahan dipermudahkan.
  • Saat hati meronta, takdir mula berbicara. Tika hati mula merindu, kita selalu kan bertemu. Lihatlah bintang di langit, engkaulah bidadari hatiku. 
  • Engkaulah mutiara yang selalu inginku gilap, biar sinarnya membawa cahaya, menyinari kalbu dan rindu.

  • Biar kita tak punya apa-apa, asal kita punyai jiwa. Saling menjaga dan dijaga, bersama menyusun bata, kita bina tembok agar tidak ditembusi dajjal.  

  • Butir-butir jiwa, kutiplah dan simpan buat resepi kehidupan. Kerana sampan tidak seperti bola yang bergolek. Kerahkan tenaga, kita dayung hingga tiba di muara.

  • Hidup tak selalunya indah, namun tidak pula sesukar yang kita sangka. Laluilah dengan tenang dan sabar, di situ letaknya kunci kekuatan.

  • Kadang-kadang kita gelisah dengan dinding-dinding yang terbentuk, kita takut terkurung sendiri, namun hati berbisik, la takhaf wala tahzan innallaha maana.

  • Kau selalu berkata, "saya asiah yusra dan kak ngah elya khadija". 

  • Kita terlalu terpengaruh dengan novel tautan hati. Kerana di situ bermula titik perubahan kita, cita-cita dan visi. Kita mahu jadi sehebat mereka yang berjaya dan lalui denai yang sama.

  • Harapan itu terus bersinar, selalu kita siram dan baja. Hingga mekarnya harum berbunga. Terhias indah di lantai hati. 

  • Namun, kita bukan mereka. Kita hanyalah anak nelayan yang kaya fikir dan zikir.

  • Kita hidup dengan zuhud dan qanaah, bercukup dengan apa yang ada, asal hidup tidak meminta. Tidur dan impi kita selalunya bersulamkan syurga.

  • Apapun, teruskan berfikir dan merancang. Kerana kita kalah selalunya bukan sebab musuh yang kuat, tetapi perancangan kita yang lemah.

  • Kita lemah bukan sebab kurangnya senjata, tetapi sirnanya amalan dalam diri. Sentiasalah bermuhasabah dan perbaiki niat. Itulah kunci untuk terus istiqamah.

  • Ini bukan lagi zaman untuk kita bermenung, kerana sedih dan kecewa bukanlah penyelesaian yang ampuh.

  • Bina jati diri, cekalkan hati dan semangat. Kita mampu hadapinya.

  • Sekali kita jatuh, bukan bermakna selamanya kita jatuh. 

  • Pada lubang yang pernah kita tersungkur, mustahil kita lupa dan tersungkur lagi. 

  • Biarlah sekali terpijak ular, hinggakan tali jangan disangkakn ular.

  • Rumah selalu kata pergi, sedang kubur melambai mari. Melangkahlah dengan persiapan jiwa dan bakti, supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi. 

  • Dan akhir sekali, sampai di sini sahaja cerita hati hari ini.
  • Letih yang tak mengenal lesu.
  • Sepanjang dua minggu aktiviti tak menang tangan. Tapi, itulah nikmat hidup yang sementara, bekerja dan bersungguh pasti ada kemanisan di penghujungnya. 

0 comments:

Post a Comment