- El yasa' datang ke Malaysia! Satu lagi permata ditemui setelah berakhir peperangan.
Kamu belajar di mana?
Aku di institut Jakarta, dalam bidang tafsir Quran.
Kapan kamu habis?
Aku hujung tahun ini habis sudah, tahun depan disuruh mengajar setahun di pedalaman Indonesia.
- Seluruh anggota keluarga dipanggil balik untuk berkenal-kenalan dengan sepupu. Wajahnya mirip ibunya. Hitam manis. Cuma percakapannya sahaja berbeza. El Yasa' lebih sopan dan lembut.
- Aku terkedu apabila diajukan soalan. Kamu sudah punya jodoh? Aduh, dek tiada jawapan yang sesuai maka soalan ku balas soalan. Biarlah, aku belum bersedia atau barangkali aku yang terlalu memilih.
- Keesokan harinya dikhabarkan ayah accident di tempat kerja. Melecur separuh badan. Allahu akhbar! Kulit ayah masak bagai direbus, tersiat bagai terbakar, hitam, legam. Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan kepada bapaku.
- Zaki di Mabiq dipanggil balik, zarina di johor (hari ni baru sampai). Aku pula terpaksa balik maktab awal. Exam dan meeting melambai2 panggil pulang ke sarang.
- Sesungguhnya aku ikhlaskan harta dan ragaku dalam perjuangan ini, maka itu redailah aku, limpahkanlah berkat dan rahmatMu kepada keluargaku.

0 comments:
Post a Comment