Aku akan sunyi lagi
unit K akan beransur keluar
begitu juga pimpinan bkdm
mereka kelihatan seronok
riang, jelas terlihat senyuman di wajahnya
mimpi-mimpi indah sudah berselangkan realiti
"aduh! tak sabarnya nak duduk di luar
boleh berdikari, masak-masak, duduk serumah dengan kawan-kawan"
barangkali itulah yang bermain di fikiran mereka.
Aku akan sunyi lagi
bila tiba waktu subuh
hanya detik jam yang mengejutkan manusia
hanya lampu dinding yang menyinari laman
takkan ada lagi derap kaki melangkah
apalagi rumput yang menari: tatkala dipukul angin yang sepoi
Ah, barangkali peristiwa lampau akan berulang
hak aku mula dipertikai
penjajahan agama berlaku sewenang-wenangnya
aku menjadi persoalan: kuil kah surau?
dan jika benar itu berlaku,
akan adakah lagi ustaz zakaria kuasa pembela
yang membesarkan aku dari sekangkang kera hingga ke dapur
akan adakah lagi akh ihsan pejuang yang insani
bersengkang mata siang dan malam
bersama sahabat-sahabatnya mendaulahkan islam.
Aku akan sunyi lagi
teman-temanku masing-masing mahu menyendiri
duduk di luar hanyalah rugi
tiada duit menyusahkan parent
apalagi bila praktikum: bergandalah rumah yang disewa
bayar itu bayar ini.
Wahai teman-temanku,
janganlah pergi tatkala aku sudah mula mencintaimu
kerana aku pasti merindu
kau di luar pasti memilih tempat ibadah yang paling dekat dan mudah bagimu
aku hanya tempat persinggahan jika ada meeting dan aktiviti
tiada lagi yang mahu berjaga malam di lamanku
sambil berzikir dan bertafakur
aku pastinya bukan lagi rumah kedua buat kalian
hanya bergantung harap pada pelatih baru dan muda
mahukah mereka menyapa aku yang sunyi?

0 comments:
Post a Comment