- Terima kasih cuti. Terima kasih. Thank you so much. Muah2.
Terima kasih cuti
Bersamamu aku belajar erti takut
Aku kenal siapa aku dan di mana aku
Aku lihat manusia bukan manusia
Aku selam lautan resah
Aku belajar menjadi hipokrit
Aku tahu erti kasih sayang dan pengorbanan.
Terima kasih cuti
Kau menjadikan aku emas
Padahal hanya besi berkarat
Yang dibuang dan tidak berfungsi.
- Pertunangan Habsrah. Alhamdulillah, cantik berseri dihias bunga. Menawan hati, si kumbang pujaan. Semoga bahagia ke jinjang pelamin, InsyaAllah, amin.
- Terasa waktu begitu pantas berlalu. Bagai semalam kita berjejak kasih. Kita akrab bagaikan kembar. Baju tidur, baju raya, kasut, selipar dan semuanya kita gedik mahu yang sama.
- Apabila bermain, asyiknya berteman, lari berpegangan tangan, jatuh tersungkur kita bangkit bersama.
Tapi aku tetap dengan gelaran
Di mana saja 'kak ngah' pasti kedengaran
Tidak mengira tua atau muda
Aku adalah kakak kepada semua
Alhamdulillah
Hari ini kita berkumpul lagi
Kita menjadi kanak-kanak lagi
Ibu bapa sanak saudara semua perhati
Tali persaudaraan terjalin suci
Berbahagialah segenap sanubari.
- Andai saja hati itu aku terima, pasti hari ini kita naik takhta bersama. Tapi maaf, aku tidak sempurna. Doakanlah aku dibuka hati, untuk satu jalinan yang suci murni. InsyaAllah, amin.
- Aku pun tak nak la jadi andartu. Nauzubillah, minta dijauhkan. Syuh2. :)

0 comments:
Post a Comment