- Alhamdulillah, kelmarin genaplah usiaku 22 tahun. Terima kasih dan tahniah kepada ibu dan ayah yang telah berjaya membesarkan aku selama 22 tahun. Menjaga, mendidik dan membimbing aku menjadi seorang manusia yang sopan dan berpekerti mulia. Pasti banyak perit dan luka yang telah mereka lalui.
Kata ibu, jangan kau aktif dengan gerakan
tumpukan pada pelajaran
kerana mulia manusia disebabkan ilmu.
Pesan ayah, terbanglah anakku
pergilah ke mana saja yang mampu kau pergi
supaya kau belajar daripada setiap perjalananmu
ayah tak mampu bawa kau terbang
ayah hanya mampu menunggu
sehingga sayapmu tumbuh sendiri.
- Jika di rumah, hari ini akan disambut dengan memasak atau buat kuih sama-sama. Pasti ada resepi baru yang ingin kita terjah.
pastikan ada peningkatan juga dalam sesuatu bidang yang dikuasai.
- Dan hari ini aku raikan diri dengan belajar membuat sesuatu yang baru, sesuatu yang aku ngiurkan sejak tahun yang lalu. Iaitu ..... sushi tuna! (^_^)
- Biasanya kalau makan nasi, mesti separuh pinggan je. Tapi bila buat sushi, nasi masak satu cawan pun boleh habis. Masya-Allah.
- Aku jadi terimbau zaman kanak-kanak. Ibu suka buat nasi bola yang dalamnya ada inti sardin atau lain-lain. Nasi ibu kepal-kepal sehingga bulat, dan kami akan makan sambil bermain. Senang juga begitu. Boleh la praktikkan nanti. (^_^)
- Memasak ni, tak adalah susah sangat. Tinggal berani atau tidak je untuk mencuba. Cayuk2 Cik Za, jangan biarkan diri terus dibelenggu dengan kebodohan dan kekakuan. Believe in yourselft, Sure you do it! (^_^)
- Cukup-cukuplah peristiwa tak pandai bancuh kopi semasa berkhidmat dengan ustaz Zaidi. Cukup-cukuplah pengalaman tak pandai kacau mihun supaya sebati dengan kuah. Allahu malu (ToT)


0 comments:
Post a Comment