Ya Allah
Ya Rabbul Izzati
ketika hati ini kosong
Kau hadirkan insan pengubat rindu
ketika aku kata aku bersedia
Kau beri aku dia
ketika aku kata
Ya Allah, jika ini baik bagiku,
dan agamaku
maka Engkau dekatkanlah
jika ini buruk bagiku dan agamaku
maka Engkau jauhkanlah ia dariku
dan jauhkan aku darinya
Ketika itu,
Engkau hadirkan rasa yang tak pernah aku tahu
Engkau hadirkan rindu yang tak semena dalam qalbu
ketika itu,
aku jadi keliru
aku jadi takut dengan diri sendiri
akukah manusia atau binatang durjana?
Aku binggung
wajarkah aku lari lagi
dan sembunyi di balik dunia?
Akhirnya aku sedar
larianku kali ini
sembunyiku kali ini
tidak sama dengan sembunyi lariku yang lalu
berlari dan sembunyi dengan segala lara
sepertimana Siti Zulaikha
yang hilang arahnya tanpa cinta
yang hilang dunianya kerana cinta.
Maka itu
aku kembali dan terima
bahawa ini fitrahku
yang perlu aku lalui
selama mana aku hidup
selama mana aku bergelar manusia
selama mana aku seorang perempuan
selagi itu aku punyai cinta.
Justeru aku berkata:
Ya Allah
jika ini yang Kau janjikan untukku
maka selamatkanlah jiwaku
selamatkanlah agamaku
selamatkanlah akidahku
dan selamatkanlah cintaku padaMu
agar aku menjadi abdi
yang tunduk dan syukur hanya padaMu.
(bantuilah aku dalam menjaga agamaku)
Aku takut ya Allah
menjadi gadis dengan perasaan itu
aku tidak mahu begitu!
Ketika itu
Kau berikan aku berita
Kau berikan aku khabar
bahawa siang yang panjang
akan menjadi malam yang pendek.
Ketika itu aku tahu
Engkau selalu ada bersamaku
Engkau selalu mendengar suaraku, rintihanku
kerana Engkau selalu memakbulkan resahku
kerana Engkau selalu membalut takutku
apabila aku selalu mahu bersama-Mu.
Maka itu
permudahkanlah urusan kami
jadikanlah dia jodohku dunia akhirat
agar aku menjadi bidadari di dunia
dan wanita syurga di akhirat sana.
Amin.

2 comments:
Amin..
Amin..
Post a Comment