- Masih teringat gelagat-gelagat anak muridku semasa last day praktikum.
- Dari jauh mereka mengejarku ke bilik SPBT sambil berbaris seperti dalam kawad.
Cikgu, nak tolong angkat barang.
- Aku hulurkan satu-satu barang kepada murid, minta di bawa ke pagar sekolah. Cikgu, saya nak angkat juga. Hah, tak da barang dah nak diberi. Lalu dari beg-beg tadi aku keluarkan barang untuk diagih sama rata.
- Aku berjalan seolah-olah mengepalai mereka, anak murid kssrku yang aktif menghentak-hentakkan kaki dan membuat bunyi sorakan yang tak dapat kutangkap apa yang mereka seronok sangat membimbit barang-barang cikgu.
- Alkisah di depan pagar sekolah pula, afiq, sattiya, durgeish, chun fei, chun kit, amiro, weng hou, faiz dan lain-lain memaut bahu kawan masing-masing, lagaknya seperti team bola sepak bergambar.
Kami nak buat pagar, kami tak nak cikgu pergi.
- Ya Allah, sucinya hati murid-murid ini. Kau berikanlah kepada mereka petunjuk dan hidayah, ilmu yang bermanfaat, mana tahu suatu hari nanti merekalah pejuang-pejuang yang akan syahid di medan dakwah. Allahu akhbar.
- Sedang hati terasa menitiskan air mata, mereka menegurku, cikgu...

0 comments:
Post a Comment