RSS

Adik & Anak

  • Mengajak atau diajak? Haha, jumpa adik usrah, ajak la pi program, but;
"Huhu akak, kami tak free. :( kami dah bagi nama untuk jadi fasi kem sekolah. Nanti boleh panjat bukit bangkong, hehe.."

"Panjat bukit bangkong?" dengan mata bersinar-sinar. Haih, aku pula yang rasa nak join jadi fasi. 
  • Sampai di sekolah pukul 7 pagi. Murid-murid semua dah sedia dalam kelas, ada siapkan kerja rumah, ada yang main ping pong depan bilik guru, ada yang main chess (aduh, genius anak murid aku ni). Agak-agak pukul berapa la depa bangun kan. Sedang mahu melintas ke bilik guru, ada suara bersahut-sahutan. Cikgu, cikgu ada orang nak bagi hadiah...
  • Oleh sebab tidak terperasan, aku berjalan terus. Cikgu zakirah, ada orang nak bagi hadiah! Berlari anak muridku, ramai-ramai mengekor dari belakang. Nah cikgu, ikhlas dari kami. :)
Sory lah, gambar google je. Handset cikgu terlalu canggih, sampai tak da kamera. :)
  • Erk, kenapa bagi cikgu? Kamu nak cikgu cepat-cepat keluar dari sekolah kamu ya? Tak la cikgu... sebab kami,... sebab kami... belum habis kata-katanya, dia sudah cabut masuk kelas. Haih, anak-anak O anak-anak... (^_^)

0 comments:

Post a Comment