RSS

Permudah

  • Rasa macam nak melompat je. Alhamdulillah lepas sudah tasmi' hafazan 10 ayat/ surah darussyifa'. Baru ruqyah pertama, dah happy giler en. Macam mana pula kalau dah graduate ijazah pengubatan nanti. Aaahhh, tak sabarnya. (^_^)

  • Tak sangka boleh lepas, sebab last minute hafal. Walaupun tergagap-gagap, lulus juga. Syukur dipermudahkan.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada ada kemudahan
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  • Tapi its not the time to happy gaban. Sebab esok ada satu lagi ujian besar. Observe bersama pensyarah dan guru pembimbing. 

Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.
  • Harap-harap, Wey Ting, Weng Hou, Lam Zhi Li dan Soo Tong tak buat hal esok. Murid pemulihan ni kadang-kadang tak boleh jangka, depa sangat mahu perhatian kita tertumpu pada mereka. 
  • Ya Allah, permudahkanlah urusanku, jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Amin.

0 comments:

Post a Comment