RSS

Ilmu & Perjuangan

  • Tatkala semangat juang sedang membakar, tegakkan islam di dalam diri, nescaya tegaklah Islam di muka bumi.
  • Lalu pesanan ibu bagai luruh musim tengkujuh.
"Jangan libatkan diri dalam sebarang gerak kerja. Tumpu pada akademik sepenuhnya."

"Kalau ada kawan ajak keluar, jangan takut untuk tolak."

"Kalau diberi tugasan yang lebih, sedangkan orang lain tidak begitu, keluarkanlah suara untuk membantah"
  • Dan aku hanya mampu meraikan pesanan ibu, walaupun dalam hati, ibu, akak nak mati syahid... (krik2)
  • Tapi ibu takkan faham. Ibu tak pernah tahu kenapa perlu perjuangan, yang ibu tahu, akademik itulah hidup dan mati.
Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu
jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu
jika kamu inginkan kedua-duanya, juga dengan ilmu.
  • Sebab itulah sewaktu SPM dulu, ibu sanggup berjaga malam siapkan air dan kuih untuk menemani aku study. Sehingga hari ini, apabila kol, ibu pasti akan bertanya macam mana belajar?. Ibu sangat mahu anaknya jadi orang berilmu.
  • Tapi, aku mahu beri lebih pada ibu, ilmu dan perjuangan. (^_^)
  • Selamat berjuang. Go go cayuk!

0 comments:

Post a Comment