- Antara masalah tarbiah adalah pengurusan masa. Oleh itu, nuqaba' mestilah menepati masa untuk buat usrah.
- Surah al-Kahfi ayat 13-14:
Kami ceritakan kepadamu Muhammad kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.
Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran"
- Fikrah islam adalah agama yang tersembunyi. Atau dengan kata lain, sir wa hazar merupakan aspek yang sangat ditekankan dalam agama.
- Apa yang telah dilatih semasa zaman kampus, mestilah dipraktikkan pula semasa zaman kerjaya nanti.
- Hal ini demikian kerana pemuda memiliki ciri-ciri istimewa berikut:
- Semangat.
- Tenaga.
- Idealisme.
- Sanggup menanggung risiko.
- Oleh itu, untuk jadi pemuda penegak panji Allah, mestilah mematuhi syarat yang berikut:
- Iman yang kental.
- Al-huda (petunjuk Allah). - memerlukan komitmen untuk merayu kepada Pencipta, kerana tanpa petunjuk kita akan lemah, tanpa petunjuk akan timbul masalah ukhuwah, masalah hati dan sebagainya. Oleh itu, mohonlah diberikan hidayah kerana ketinggian ilmu bukanlah bermakna seseorang itu dapat petunjuk.
- Ukhuwah/ tautan hati.
- Fahami konsep haraki. Kalau boleh, tiada istilah sufi haraki sebab ahli penggerak semestinya sufi. Jagalah diri dari sudut amalan harian.

0 comments:
Post a Comment