RSS

Bangkit!

Kegagalan adalah guru yang terbaik
boleh jadi ia adalah musuh yang melemahkan
seluruh tubuh boleh bergetar, tergumam dan termangku
persoalan demi persoalan menggelapkan pemikiran
ketika itu, aku terjatuh seketika
tidak lagi dapat ku lihat matahari, langit mahupun bulan
duniaku hanya tangis dan kecewa.

Kegagalan adalah guru yang terbaik
boleh jadi ia adalah musuh yang melemahkan
di biara rumah aku termenung lama
semua yang ada bagaikan kosong
ku lihat tanganku, masih bergerak
aku masih hidup, tetapi mengapa tawar yang kurasa
aku tahu kenapa, kerana jiwaku sudah pun mati.

Aku ingin bangkit dari kedunguan ini
aku takkan mengalah
walaupun tubuhku bergetar ketakutan
kegagalan akan menyelubung lagi
namun, jangan aku berhenti 
sehingga kejayaan terukir dalam genggaman
langkah demi langkah aku atur dengan cermat
walaupun dengan hati yang layu
akan kupanjat tembok penghalang
sehingga segala ketakutan ini dapat ku atasi
yang tinggal hanya kejayaan dan semangat.

0 comments:

Post a Comment