Kita sering mengadu
kerana kita insan yang lemah
dan fitrah kita yang suka bergantung
tetapi kepada siapa itu yang utama.
Jika pada manusia yang kita tujukan
mereka hanya mampu mendengar
dan mungkin akan ada yang turut bersedih
mereka tiada kuasa untuk mengubah nasib kita
kerana yang akan mengubah masa depan kita
adalah diri kita sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
selagi mana mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri.
Allah, Dialah Tuhan
Raja manusia
sembahan manusia
hanya Dia tempat bergantung
agama sebagai talinya
akidah sebagai simpulannya.
Mengapa manusia berasa sepi
sedang amalan boleh menjadi teman
khusyuk dan tawaduk
itulah cinta yang realiti.

0 comments:
Post a Comment