RSS

Cinta

Cinta,
ada orang mendapatkannya dengan mudah
sesetengah orang menolaknya dengan kasar
ada orang bermimpi memiliki cinta
sesetengah orang berlari untuk mencapainya.

Cinta,
apabila mudah didapati
manusia lupa untuk bersyukur
ada juga yang memiliki cinta
tetapi tidak menyedarinya
ada yang menunggu hadirnya cinta
tetapi tidak mahu menerimanya.

Cinta,
Allah hadiahkan kepada setiap insan
untuk bahagia dan saling melengkapkan.

Apabila cinta bertemu cinta
manusia cenderung gembira dan suka
apabila cinta menemukan noktah
hari-hari hanya malam dan kelam
tiada lagi sinar sang suria
buat menyuluh jalan berliku.

Maka wujudlah kata pepatah
cintai orang yang menyintaimu
kerana dia telah memilihmu
bukan orang yang kau cintai
kerana suatu hari nanti
dia akan memilih yang lain.

0 comments:

Post a Comment