Tahun tahun selalu begini
emak emaknya bertanya
anaknya masih kosongkah
dan anak-anak yang mahu akan tersenyum
yang tidak mahu mencipta alasan
tidak lama kemudian
berlangsunglah majlis suka suki
menyambut meriah orang baru
selamat datang ke keluarga kami.
Tahun tahun selalu begini
emak emak pulang dengan tangan kosong
cincin cincin disimpan dalam kotak
alasan yang didengar tidak boleh diterima
tetapi hormat merelakan segala.
Tahun ini mungkin berbeza
mungkinkah senyuman akan dilempar
atau alasan yang sama diberi.

0 comments:
Post a Comment